Saturday, April 30, 2011

hari ini hari ahad dan hari ini cuti ;)





First of All "SELAMAT HARI PEKERJA" diucapkan kepada semua warga yang bekerja. Manfaatkan hari cuti anda dengan sebaiknya. Saya manfaatkan dengan menyiapkan repot bertangguh saya. Anda bagaimana? :) .Tak kesah bagaimana anda mengisi hari cuti anda, yang penting anda tidak melakukan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain oke? *double senyum*


Tajuk bukan main hepy walau dalam hati bukan main dup dap dup dap. Eh kenapa berdebar-debar? Nanti saya cerita. Sekarang ni kita mood gembira dulu. Sebab kenapa? Pertamanya report ROS (Rancangan Orientasi Sekolah) saya sudah siap hari ini. Dah siap print dan binding dalam file sekali. Tunggu nak serah ke tangan pensyarah tercenta, Encik Norazman Arbin je nanti. Eh baru siap engkau? Hehe. Biasalah bertangguh punya pasal. Report ni dah lama saya buat cuma tak bersambung-sambung je untuk disiapkan hingga ke pena yang terakhir. Biasalah, bila mula sekolah bukan main sibuk. Nak buat rancangan mengajar lagi, aktiviti sekolah lagi,mesyuarat lagi. Bukan main banyak kerja cikgu. Selalunya balik rumah jam 2.00 petang tu kadang-kadang jela. Bukan merungut tapi saja nak berkongsi. Sesungguhnya kalau kita merungut takdela keberkatannya kan? Bersyukur dengan segala yang dikurniaNYA. Amin.

Muka depan folio ROS

Sebanyak 172 mukasurat tidak termasuk lampiran.fug fuhh ;)

ahah! page ni paling suka buat ;)

 Berita gembira kedua? Semestinyalah tentang praktikal saya di SMK ZAINAB (2) yang tak lama lagi akan berakhir. Tinggal lagi lebih kurang 5 weeks je lagi. Wauuu tasabarnye! Kalau diikutkan memang ade la jugak perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan pelajar-pelajar serta guru-guru yang disayangi selain semua warga SMKZ (2) yang lain tapi nak buat macam mana sebab setiap kita memang harus terima bahawa setiap pertemuan semestinya akan berakhir dengan perpisahan. 

Cikgu Salmah & Cikgu Salwani
*Muka berminyak boleh buat goreng telor ayam* =.=

Part yang tak berapa gembiranya ialah pensyarah saya yang tercenta iaitu En Norazman Arbin akan melakukan 'observation' terhadap proses P&P saya minggu depan. WOOO takot! Nebes plus amat tidak senang duduk dibuatnya. Tapi secara tersiratnya saya nak sangat proses ini cepat-cepat berakhir then lepas ni no more stressed ever! Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya rabbal alamin.


P/S: nerbersssssnye!