Monday, January 31, 2011

hapdate hapdate hapdate

aha! lately,dah beberapa lama aku tak hapdate belog kesayangan nih. Sayang ke? Oleh sebab dah bersawang so tak berapa nak sayang. Uhuhu, cian encek belog. Ops silap. Cian 'Cik' belog sebab tuan punya belog ini gadis dan masih belum berkahwin. Boleh? Aiseh, belog pun ada jantina ke? Tu namanya Tuan belog sudah tak berapa betul. Tula sapa suruh tinggal belog lama-lama.

Lagi tinggal seminggu aku akan memasuki sekolah untuk berpraktikal. Dup dap dup dap jantungku berdebar. ahah. Sapa tak 'cuak' weh. Kena mengajar anak orang tuh. Lepas tu plak sekarang ni tugas guru tak macam guru zaman dulukala. Zaman sekarang sentuh anak murid sikit dah kena saman. Hamik kau. Kena saman tuh, kalau saman dua puluh sen takpe gak. Huhu.

Pada 6hb2 ini aku akan memasuki sekolah secara formal. Aku akan menjalani ROS dahulu pada 6/2/2011 hingga 17/2/2011 (selama dua minggu) and then disambung dengan praktikal sehingga 17/6/2011. So,mulai minggu depan aku kena bangun awal pagi dan tak boleh dah ada alasan terlajak tidur dengan alasan tido lewat pada malam semalam. Aku dah ada tanggungjawap yang perlu digalas. So, jangan gedik-gedik manja lagi okeh? huhu. Mode risaw banget!

                                                Hai! im teacher-to-be :) .ehe.

Saturday, January 8, 2011

Bersyukur dengan apa yang ada..

Tadi adik saya, satu-satunya my adik yang saya ada di dunia ini nak pergi kenduri. Lepas dia belek almari dia tetibe je dia masuk bilik saya. Apalagi sah-sah nak pinjam baju la tuh! So, membebel la saya kejap. Pinjam baju lagi, baju dia bukan main banyak taknak pakai..baju kita jugak..bebel itu,bebel ini,potpet sana potpet sini.hehe. Saya saja je nak bagi kecoh. Sebenarnya bukan taknak bagi pakai tapi dah tabiat macam tu.hehe. Saya pun bukannya tak pernah pinjam baju dia. Kadang-kadang dah buat macam baju sendiri. Eh eh ini baju engkau ke? Ingat baju aku. Tssk. 

My adik 

So,mencarilah beliau baju dalam almari saya yang bukan main nazak lagi. Bayangkan saya masih lagi student dengan baju yang bukan main banyak. Nanti besok-besok bila jadi GURU? Mungkin memerlukan satu bilik yang dipenuhi baju mungkin. Tssk. Tu bukan jadi artis lagi tu. Err. Then, dia decide nak amik baju yang saya pakai untuk dinner kos hari tuh. Baju yang paling baru dan paling mahal! Kalau diikutkan tak mau lah bagi, tapi entah kenapa saya pagi tadi sedikit pon tak mare.hehe Dengan rela hati senang lenang je. Agaknya dengan adik beradik memang macam itu.

Ni lah baju dinner itu 

Bersama coursemate. Khas diimport dari Sabah bah ;)

Ni saya nak cerita sikit. Anda suka adik beradik ramai atau anda suka menjadi anak tunggal? Dulu-dulu masa saya kecik saya selalu berangan nak jadi anak tunggal tau. Saya cakap dalam hati, bestnya jadi anak tunggal, apa-apa je yang kita nak semua dapat. For sure la dapat kan. Kita je anak kesayangan yang ada. Tapi kalau adik beradik ramai? Mesti punyer berebut-rebut. Mak ayah beli itu ini, mesti semua berebut nak jugak. Ishh, bencilah macam ni, kalau jadi anak tunggal kan best? Kalau bagi pihak anak tunggal pulak macam mana? Mesti rasa sunyi je duk sorang-sorang kan? Mungkin dia rasa lebih dalam mendapat barang-barang yang ingin dimiliki tapi dari segi gelak tawa adik beradik? Takder.

Saya merupakan anak ke-6 dari 7 adik beradik. Ada kakak, 4 abang dan adik perempuan. Sekarang bila saya besar saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Apapun perangai adik beradik saya, saya terima dengan hati terbuka kerana hanya mereka yang saya ada. Buruk pun mereka, buruk lagi saya. hehe. Bila ada adik beradik ramai boleh pinjam baju. Tapayah beli banyak-banyak. hehe. Macam saya dan adik saya buat :)
Bersykurlah dengan apa yang ada. Anda bagaimana?  

Saya dan adik di zaman dulukala. Sekarang lagi muda ;)

p/s: Ada twin kan best? eh eh tiba-tiba .Tssk.

Much Love!

Thursday, January 6, 2011

Cerita Lesen

Bangun pagi,gosok gigi. Hari ini saya bangun awal. Motif bagitau semua orang? Nak cakapla yang saya ini dah sesuai jadi bini orang. So, sapa-sapa yang nak datang melamar jadi hantu menantu pon boley. Tssk. Takdelah, tujuan saya bangun awal hari ini adalah kerana dah macam penghulu kampung memberi ucapan lak. Tssk.  Oke oke berbalik kepada tadi adalah kerana saya telah diharuskan ke diwajibkan ke dimestikan? Wujud ke perkataan itu? Tssk. Oke oke sekarang siriyes punyer cerita, saya belajar 3 jam kereta hari ini di litar lumba F1 Sepang. Fuiyo. Takdelah, di litar Institut Memandu Yakin Pandu Sdn Bhd je.hehe. Dah tua-tua baru terhegeh nak amik lesen. Takpe Salwani takpe sabar. Ala, kalau kira tahap umur aku ni takdelah tua sangat, tadi cikgu aku cite dia ada mengajar nenek umur 50 tahun yang baru nak amik lesen kereta dengan motosikal. ‘Salute’ lah u nenek! Semangat berkobar-kobar lagi walaupun sudah tahap veteran.

inilah rupa budak terhegeh itu. Alamak kabur =.=

Haa, resit pon simpan lagi :) .Kotla korang ingat aku tipu .Tehee

Cikgu aku cakap, Oo nama cikgu yang mengajar aku tadi Cikgu Ismail. Bestla dia. Aku bersyukur sangat dapat Cikgu Ismail sebab pada aku cikgu Ismail amat pandai mengambil hati plus amat bersabar di atas segala ketidakketahuan aku pasal kete.hehe. Maklomla, aku siriyes pergi belajar kereta tadi dengan kosong. Anda tahu kosong? Heh. Tapi takdelah kosong sangat. Atleast bila cikgu Ismail tanya mana tempat duduk, mana minyak (bukan minyak masak hokey), mana stereng, mana ‘clutch’ aku tahula jugak kat mana. Hehe. OO, tadi kan sebut pasal gear aku tersasul cakap ia berada di kaki. Apeke sengal. Heh. Sorilah cikgu, saya ni memang ada penyakit gabra semacam. For the future, saya akan kurangkan oke? Tssk. Harini jugak saya tahu betapa pentingnya  ‘clutch’ . Heh. Sebaris penting dengan stereng, brek, minyak dan seumpamanya. Sebenarnya, semua yang berada di badan kereta itu sama penting. Semua ciptaan kan ada fungsi dan kepentingannya. Macam ciptaan diri kita jugak. So, apa peranan ada pada hari ini? Tiba-tiba. Tssk.

Hari ini hujan. So,terpaksa menyusahkan my sayang untuk hantar pergi ke tempat lesen. Banyak jugak yang dia tolong saya harini. Lepas hantar saya then we take breakfast together then dia pergi renew my roadtax. Sebenarnya adik ipar punya roadtax motosikal. Maklomla, nanti praktikal bulan 2 nanti nak pergi ulang-alik dengan motor itulah. Cikgu merempit wooo. Yelah, kan cikgu baru terhegeh-hegeh nak amik lesen kereta ni. Lagipun dengar cerita harga minyak naik lagi kan? Cerita 'hot' sekarang tu. SO, sebagai seorang yang berjimat lagi bermuafakat saya kene lah ambil tindakan yang bijak! Tssk.

SO, tepat jam12.00 tamatla sesi pembelajaran saya hari ni. Hari ini jugak nak susahkan my sayang again untuk buatkan lesen L. Saya dah bagi semua dokumen yang penting seperti sijil, gambar pasport bersama  fotostat ic dan lesen motor. So, kalau takde aral dapatla lessen L besok dan terus pergi ke Yakin Pandu untuk dapatkan jadual untuk memulakan latihan selama 10 jam. Kalau dapat ‘request’ cikgu Ismail jadi cikgu saya kan best? Tasabarnya! J

Budak ini dah ada lesen P. Doakan budak ini semoga dapat D plak hokey? :)

Much Love!

Tuesday, January 4, 2011

Penantian yang menggembirakan

Fuhh..at last duit biasiswa masuk jugak. Tadi cek lagi sekali kat portal tengok-tengok ada perubahan kat financial beza dari semalam. Then, dia tulis kat situ bayaran kepada pelajar sebanyak RM3902.00 lepas dah tolak invois sume. Terpikir lam hati, maksudnya apa ek? Mesej kawan, dia cakap that's mean duit dah masuk.hehe. Now, hati berbunga-bunga. Betul la orang cakap, bila ada duit maka hati pun senang.ehe. Sekarang nak beli apa pun tak kesah sebab duit dah ada lam tangan. But, ingat salwani! Duit tu untuk digunakan selama kamu praktikal nanti. SO, beringat :)

much love!

O1.O1.11

Amaran : Entri ini agak panjang. Sila sediakan keropok untuk menghilangkan kebosanan :)

Ini adalah entri aktiviti yang saya lakukan pada hari pertama di tahun baru..

Hari ni saya dan papa bear dah janji nak pergi ke rantau panjang.ehe. Ini kerana papa bear dah janji nak belikan saya bear besar sebab bear kecik kata dia mahukan kawan. Bear kecik ni sebenarnya dah terpengaruh dengan mama bear yang sekarang dah pandai 'demand' macam-macam. Ini papa bear cakap. Sampai hati papa bear cakap tak berlapik dengan daun palas langsung.uhuks.


  Bear kecik.
 *Papa bear cakap ini bear sempena hari jadi mama bear. 

Papa bear kata nak amik mama bear pada jam 10 pagi. Tapi mama bear entah kenapa sampai jam 10.15 baru siap. Sori,mama bear macam overslept. Macam jelah.haha. Kemudian,bertolak lah kami ke area yang dituju.Sampai di Kubang Kerian papa bear cakap dia kelaparan tahap gaban.Oh! papa bear macam tahu-tahu saja yang mama bear pun lapar tahap nazak.zzz. Maksudnya kita memang sehati. Mungkin juga sejiwa. :). So,kami singgah bekpes kat Restoran Nasi Kak Wook.Untuk pengetahuan semua, Nasi kak Wook ini agak femes di Kelantan.Oh! restoran ini juga pada saya agak unik. Jika kita ingin beli nasi di sini, Restoran ini akan membungkus nasi  dan bukannya letak di atas pinggan. Kalau memang nak beli bungkus itu lain kira la kan. Agaknya diorang malas nak basuh pinggan kot.zzz. So,siap makan-makan then kami meneruskan perjalanan.

*sumber dari google


Sedikit excited sebenarnya.ehe. Papa bear cakap sebab ini kali pertama kami pergi Rantau Panjang sama-sama. Tak sangka pada tahun baru plak tu. Di sepanjang perjalanan, kami lihat ada area yang dinaiki air. Sedikit risau sebenarnya. Janganlah ada banjir di pertengahan jalan. Nanti terbantut plak niat suci nak beli bear besar.haha. Niat jahat mama bear.

Then, sampailah kami ke Rantau panjang. Memang ada beberapa kawasan dah dinaiki air. Di kawasan bandarnya sendiri dah dinaiki air.Kedai jugak ada banyak yang ditutup tapi nasib baiklah bandar masih berfungsi maksudnya tak semua kedai ditutup.tehehee. So,papa bear tak melepaskan peluang untuk mencari jersi di kedai yang selalu disinggahinya.Tapi apakan daya jersi Malaysia yang diidam-idamkan telah pun habis dijual.sob3.Ini mesti penangan sebab Negara kita telah menang piala tempoh hari.Tahniah Khairul Fahmi! Tiba-tiba. Tssk.Oke-oke kita sambung cite yer. Then,papa bear beli jela jersi MU kaler merah.Merah lagi. Papa bear memang hantu merah. Sama dengan mama bear. Tapi mama bear gila pink lagi.ahaks. Then,selesai aktiviti tawar menawar yang tak berapa menjadi oleh mama bear belilah papa bear jersi MU tersebut. Kemudian,papa bear membeli jeans pulak. Bila nak beli bear besar untuk mama bear nih? Uhuks. 

Jalan punya jalan,papa bear pun mula mensurvey bear untuk mama bear. Then, ada beberapa kedai yang menjual bear dengan harga yang giler murah! Ehe.maklomla disini kan kawasan bebas cukai.Agak rambang mata melihat bear, mama bear nak semua boley tak papa bear?*sambil membuat muker seposen.Oke beli satu je.sob3. Then,papa bear belikan bear besar.Takdelah besar sangat tapi besar dari bear kecik.Papa bear cakap okelah tuh,next time kita beli lagi besar oke? *dalam hati mama bear cakap tulah sape suruh beli barang papa bear manyak-manyak? Jahat mama bear.tahahaha. Kemudian,kami pon berangkat pulang oleh kerana Bandar itu mula ditenggelami air.Time balik jem =.=

                                                                   Bear Besar

*Bear kecik ada kawan malam ini :)
                                                        
much love! 

Monday, January 3, 2011

my first entry.

testing testing 1,2,3
testing testing a,b,c  ehhe..
holla bloggers sekalian!
saya baru berjinak-jinak d alam blogging..so..
saya budak baru belajar,ambil galah tolong jolokkan yer! :p
nothing 2 say in my 1st post..
cuma terasa sedikit excited! ehe..
before this bukan tak pernah menulis blog.dulu dah pernah ada blog.cuma blog itu dikongsi dengan kengkawan.
so,now.teringin untuk ada blog peribadi.blogwalking yer! :)



much love!