Saturday, January 8, 2011

Bersyukur dengan apa yang ada..

Tadi adik saya, satu-satunya my adik yang saya ada di dunia ini nak pergi kenduri. Lepas dia belek almari dia tetibe je dia masuk bilik saya. Apalagi sah-sah nak pinjam baju la tuh! So, membebel la saya kejap. Pinjam baju lagi, baju dia bukan main banyak taknak pakai..baju kita jugak..bebel itu,bebel ini,potpet sana potpet sini.hehe. Saya saja je nak bagi kecoh. Sebenarnya bukan taknak bagi pakai tapi dah tabiat macam tu.hehe. Saya pun bukannya tak pernah pinjam baju dia. Kadang-kadang dah buat macam baju sendiri. Eh eh ini baju engkau ke? Ingat baju aku. Tssk. 

My adik 

So,mencarilah beliau baju dalam almari saya yang bukan main nazak lagi. Bayangkan saya masih lagi student dengan baju yang bukan main banyak. Nanti besok-besok bila jadi GURU? Mungkin memerlukan satu bilik yang dipenuhi baju mungkin. Tssk. Tu bukan jadi artis lagi tu. Err. Then, dia decide nak amik baju yang saya pakai untuk dinner kos hari tuh. Baju yang paling baru dan paling mahal! Kalau diikutkan tak mau lah bagi, tapi entah kenapa saya pagi tadi sedikit pon tak mare.hehe Dengan rela hati senang lenang je. Agaknya dengan adik beradik memang macam itu.

Ni lah baju dinner itu 

Bersama coursemate. Khas diimport dari Sabah bah ;)

Ni saya nak cerita sikit. Anda suka adik beradik ramai atau anda suka menjadi anak tunggal? Dulu-dulu masa saya kecik saya selalu berangan nak jadi anak tunggal tau. Saya cakap dalam hati, bestnya jadi anak tunggal, apa-apa je yang kita nak semua dapat. For sure la dapat kan. Kita je anak kesayangan yang ada. Tapi kalau adik beradik ramai? Mesti punyer berebut-rebut. Mak ayah beli itu ini, mesti semua berebut nak jugak. Ishh, bencilah macam ni, kalau jadi anak tunggal kan best? Kalau bagi pihak anak tunggal pulak macam mana? Mesti rasa sunyi je duk sorang-sorang kan? Mungkin dia rasa lebih dalam mendapat barang-barang yang ingin dimiliki tapi dari segi gelak tawa adik beradik? Takder.

Saya merupakan anak ke-6 dari 7 adik beradik. Ada kakak, 4 abang dan adik perempuan. Sekarang bila saya besar saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Apapun perangai adik beradik saya, saya terima dengan hati terbuka kerana hanya mereka yang saya ada. Buruk pun mereka, buruk lagi saya. hehe. Bila ada adik beradik ramai boleh pinjam baju. Tapayah beli banyak-banyak. hehe. Macam saya dan adik saya buat :)
Bersykurlah dengan apa yang ada. Anda bagaimana?  

Saya dan adik di zaman dulukala. Sekarang lagi muda ;)

p/s: Ada twin kan best? eh eh tiba-tiba .Tssk.

Much Love!

No comments: