Amaran : Entri ini agak panjang. Sila sediakan keropok untuk menghilangkan kebosanan :)
Ini adalah entri aktiviti yang saya lakukan pada hari pertama di tahun baru..
Hari ni saya dan papa bear dah janji nak pergi ke rantau panjang.ehe. Ini kerana papa bear dah janji nak belikan saya bear besar sebab bear kecik kata dia mahukan kawan. Bear kecik ni sebenarnya dah terpengaruh dengan mama bear yang sekarang dah pandai 'demand' macam-macam. Ini papa bear cakap. Sampai hati papa bear cakap tak berlapik dengan daun palas langsung.uhuks.
Bear kecik.
*Papa bear cakap ini bear sempena hari jadi mama bear.
Papa bear kata nak amik mama bear pada jam 10 pagi. Tapi mama bear entah kenapa sampai jam 10.15 baru siap. Sori,mama bear macam overslept. Macam jelah.haha. Kemudian,bertolak lah kami ke area yang dituju.Sampai di Kubang Kerian papa bear cakap dia kelaparan tahap gaban.Oh! papa bear macam tahu-tahu saja yang mama bear pun lapar tahap nazak.zzz. Maksudnya kita memang sehati. Mungkin juga sejiwa. :). So,kami singgah bekpes kat Restoran Nasi Kak Wook.Untuk pengetahuan semua, Nasi kak Wook ini agak femes di Kelantan.Oh! restoran ini juga pada saya agak unik. Jika kita ingin beli nasi di sini, Restoran ini akan membungkus nasi dan bukannya letak di atas pinggan. Kalau memang nak beli bungkus itu lain kira la kan. Agaknya diorang malas nak basuh pinggan kot.zzz. So,siap makan-makan then kami meneruskan perjalanan.
*sumber dari google
Sedikit excited sebenarnya.ehe. Papa bear cakap sebab ini kali pertama kami pergi Rantau Panjang sama-sama. Tak sangka pada tahun baru plak tu. Di sepanjang perjalanan, kami lihat ada area yang dinaiki air. Sedikit risau sebenarnya. Janganlah ada banjir di pertengahan jalan. Nanti terbantut plak niat suci nak beli bear besar.haha. Niat jahat mama bear.
Then, sampailah kami ke Rantau panjang. Memang ada beberapa kawasan dah dinaiki air. Di kawasan bandarnya sendiri dah dinaiki air.Kedai jugak ada banyak yang ditutup tapi nasib baiklah bandar masih berfungsi maksudnya tak semua kedai ditutup.tehehee. So,papa bear tak melepaskan peluang untuk mencari jersi di kedai yang selalu disinggahinya.Tapi apakan daya jersi Malaysia yang diidam-idamkan telah pun habis dijual.sob3.Ini mesti penangan sebab Negara kita telah menang piala tempoh hari.Tahniah Khairul Fahmi! Tiba-tiba. Tssk.Oke-oke kita sambung cite yer. Then,papa bear beli jela jersi MU kaler merah.Merah lagi. Papa bear memang hantu merah. Sama dengan mama bear. Tapi mama bear gila pink lagi.ahaks. Then,selesai aktiviti tawar menawar yang tak berapa menjadi oleh mama bear belilah papa bear jersi MU tersebut. Kemudian,papa bear membeli jeans pulak. Bila nak beli bear besar untuk mama bear nih? Uhuks.
Jalan punya jalan,papa bear pun mula mensurvey bear untuk mama bear. Then, ada beberapa kedai yang menjual bear dengan harga yang giler murah! Ehe.maklomla disini kan kawasan bebas cukai.Agak rambang mata melihat bear, mama bear nak semua boley tak papa bear?*sambil membuat muker seposen.Oke beli satu je.sob3. Then,papa bear belikan bear besar.Takdelah besar sangat tapi besar dari bear kecik.Papa bear cakap okelah tuh,next time kita beli lagi besar oke? *dalam hati mama bear cakap tulah sape suruh beli barang papa bear manyak-manyak? Jahat mama bear.tahahaha. Kemudian,kami pon berangkat pulang oleh kerana Bandar itu mula ditenggelami air.Time balik jem =.=
Bear Besar
*Bear kecik ada kawan malam ini :)
No comments:
Post a Comment