Thursday, January 6, 2011

Cerita Lesen

Bangun pagi,gosok gigi. Hari ini saya bangun awal. Motif bagitau semua orang? Nak cakapla yang saya ini dah sesuai jadi bini orang. So, sapa-sapa yang nak datang melamar jadi hantu menantu pon boley. Tssk. Takdelah, tujuan saya bangun awal hari ini adalah kerana dah macam penghulu kampung memberi ucapan lak. Tssk.  Oke oke berbalik kepada tadi adalah kerana saya telah diharuskan ke diwajibkan ke dimestikan? Wujud ke perkataan itu? Tssk. Oke oke sekarang siriyes punyer cerita, saya belajar 3 jam kereta hari ini di litar lumba F1 Sepang. Fuiyo. Takdelah, di litar Institut Memandu Yakin Pandu Sdn Bhd je.hehe. Dah tua-tua baru terhegeh nak amik lesen. Takpe Salwani takpe sabar. Ala, kalau kira tahap umur aku ni takdelah tua sangat, tadi cikgu aku cite dia ada mengajar nenek umur 50 tahun yang baru nak amik lesen kereta dengan motosikal. ‘Salute’ lah u nenek! Semangat berkobar-kobar lagi walaupun sudah tahap veteran.

inilah rupa budak terhegeh itu. Alamak kabur =.=

Haa, resit pon simpan lagi :) .Kotla korang ingat aku tipu .Tehee

Cikgu aku cakap, Oo nama cikgu yang mengajar aku tadi Cikgu Ismail. Bestla dia. Aku bersyukur sangat dapat Cikgu Ismail sebab pada aku cikgu Ismail amat pandai mengambil hati plus amat bersabar di atas segala ketidakketahuan aku pasal kete.hehe. Maklomla, aku siriyes pergi belajar kereta tadi dengan kosong. Anda tahu kosong? Heh. Tapi takdelah kosong sangat. Atleast bila cikgu Ismail tanya mana tempat duduk, mana minyak (bukan minyak masak hokey), mana stereng, mana ‘clutch’ aku tahula jugak kat mana. Hehe. OO, tadi kan sebut pasal gear aku tersasul cakap ia berada di kaki. Apeke sengal. Heh. Sorilah cikgu, saya ni memang ada penyakit gabra semacam. For the future, saya akan kurangkan oke? Tssk. Harini jugak saya tahu betapa pentingnya  ‘clutch’ . Heh. Sebaris penting dengan stereng, brek, minyak dan seumpamanya. Sebenarnya, semua yang berada di badan kereta itu sama penting. Semua ciptaan kan ada fungsi dan kepentingannya. Macam ciptaan diri kita jugak. So, apa peranan ada pada hari ini? Tiba-tiba. Tssk.

Hari ini hujan. So,terpaksa menyusahkan my sayang untuk hantar pergi ke tempat lesen. Banyak jugak yang dia tolong saya harini. Lepas hantar saya then we take breakfast together then dia pergi renew my roadtax. Sebenarnya adik ipar punya roadtax motosikal. Maklomla, nanti praktikal bulan 2 nanti nak pergi ulang-alik dengan motor itulah. Cikgu merempit wooo. Yelah, kan cikgu baru terhegeh-hegeh nak amik lesen kereta ni. Lagipun dengar cerita harga minyak naik lagi kan? Cerita 'hot' sekarang tu. SO, sebagai seorang yang berjimat lagi bermuafakat saya kene lah ambil tindakan yang bijak! Tssk.

SO, tepat jam12.00 tamatla sesi pembelajaran saya hari ni. Hari ini jugak nak susahkan my sayang again untuk buatkan lesen L. Saya dah bagi semua dokumen yang penting seperti sijil, gambar pasport bersama  fotostat ic dan lesen motor. So, kalau takde aral dapatla lessen L besok dan terus pergi ke Yakin Pandu untuk dapatkan jadual untuk memulakan latihan selama 10 jam. Kalau dapat ‘request’ cikgu Ismail jadi cikgu saya kan best? Tasabarnya! J

Budak ini dah ada lesen P. Doakan budak ini semoga dapat D plak hokey? :)

Much Love!

No comments: