Thursday, March 31, 2011

Dirisik?

Alhamdulillah, hubungan saya dengan my future hubby dah menjangkau 1 tahun, 1 minggu dan 1 hari pada 29 haribulan lepas. Maknanya hari ni dah bertambah menjadi 1 tahun, 1 minggu dan 3 hari. Syukur. Telah banyak onak dan duri telah kami harungi. ecehh! Maafkan saya yang tiba-tiba menjadi seorang yang begitu berpuitis pulak harini. =.=! Memang betul, diantara kami dia yang selalunya mengalah. Kalau ada berlaku perselisihan yang betulnya kesalahan di pihak saya, tapi entah kenapa saya pulak yang merajuk dan dia pulak yang berusaha memujuk! Pelik tapi benar. Tapi itulah yang sidia lakukan untuk saya. Memang sidia sudah selalu sangat bersabar dengan kerenah saya. 


Bersama bakal mertua. Masa ni dah dapat cincin :)

Pada 28hb Mac 2011 yang lepas jugak, kira-kira 4 hari yang lepas telah datang rombongan meminang..upss! rombongan merisik dari Pantai Remis, Perak. Opkos la rombongan ini dari keluarga sidia. Tak ramai yang datang sebab bukan betul-betul nak merisik tujuan sebenarnya. Ini lebih kepada tujuan perkenalan antara mak-mak :) .Tapi oleh kerana alang-alang dah datang, so mak sidia membawa la juga 3 barang dan seutas cincin. 

Sangat-sangat teruja tapi berdebar jugak sebenarnya sebab tak pernah menghadapi pengalaman sebegini. Nasib baik keluarga sidia amat-amat 'friendly'. Rasa dah kenal lama pulak :)

Saya berdoa sangat-sangat semoga hubungan saya dan sidia berkahir ke jinjang pelamin. Mungkin tak lama lagi.Saya sudah pernah alami perpisahan dan berharap hubungan saya yang ini kekal selamanya. Sebab dah sayang sangat-sangat dah. So doakan semuanya agar baik-baik belaka oke ;)

I.Love.U.More.N.More

Mood : Tasabar mau shopping barang tunang sama-sama. Yeah! :) ops,'over excited'!

Thursday, March 17, 2011

Liani's Engagement

Pada tanggal 13 Mac 2011 baru- baru ini salah seorang daripada my bestie iaitu Rosliani Binti Ramli telah selamat melangsungkan pertunangan beliau dengan Azrul. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Tak sangka antara kami berempat, dia yang bertunang dahulu. Rosliani @ Liani ni merupakan kawan baik saya kat kampung. Kat kampung ni sebenarnya saya ada empat kawan baik iaitu Saya@Salwa, Nurul, Faezah dan Liani. Lepas ni tak tahulah siapa pulak menyusul meninggalkan status ‘single’ J.  

   
 Tahniah untuk kedua-dua mempelai! :)

Liani dan Azrul (perkenalan diorang bermula dengan tersalah dail nombor) ehek ;)













Bila pulak 'minah' ni nak bertunang? Encek Kamal ada jawapan? eheh :p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

                                              
P/s: Tengok ore nikah kawen, hamboi aku pon jadi tasabar sangat2! :P

Sunday, March 6, 2011

Merindui masa lampau

oho tajuk amat dasat. Maka kala di tengah malam apabila cikgu Sal teramat-amatlah ingin menjadi budak tecit semula.macam Danish.macam jugak Hafiey.mungkin jugak macam Faris.Oh hero-hero kusayang, mungkin kamu bahagia menjadi diri kamu sekarang kan? Bangun pagi,hanya fikirkan susu ataupun inginkan milo seperti Danish. Merengek-rengek kepada ibu. Tak perlu berfikir banyak, tak perlu nak berdikari. Hanya perlukan kasih sayang ibu dan ayah. Tak seperti Cik Wa mu ini yang setiap hari perlu membuat keputusan, keputusan dan keputusan. Ohh tension oww! =.= 




 Oh lupa nak bagitau yang sepanjang praktikal ini saya perlu mengajar matematik tingkatan 2 sebanyak 10 waktu dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebanyak 2 waktu. Maka kesemuanya sebanyak 12 waktu. Amat membebankan pada mulanya apabila saya mendapat jadual tersebut tetapi amat bersyukur apabila membanding-beza dengan guru-guru lain yang rata-ratanya mendapat 22 waktu! oh pengsan oh! Bukan senang nak jadi cikgu. Uhu. So, mulai sekarang korang-korang jangan ingat kerja cikgu ni senang. Tu bukan lagi campur tolak darab bahagi dengan aktiviti sukan, mesyuarat, taklimat dan sebagainya. Mau pengsan oohh!

Hurm, sampai disini sahajalah cikgu Sal berceloteh dan berangan nak jadi budak tecit yer sebab besok pagi cikgu Sal kena menjelma menjadi cikgu Sal yang sebenarnya. Wahai pelajar-pelajarku kelas 2 Bestari dan 2 Cerdas, belajar rerajin sok na! jangan nakal-nakal sebab cikgu Sal dah penat berteriak. Uhuk. 


P/s: Baru setel membuat rancangan mengajar. Setiap kali sebelum masuk kelas guru-guru perlu merancang apakah yang ingin diajar pada kelas keesokannya. Pada mulanya amat menyampah ingin membuat RPH(Rancangan mengajar harian) ini tapi bila dah lama, rasa dah lali pula. RPH Ibarat makanan harian pada semua guru ;)

Friday, March 4, 2011

KERANA AKU SEORANG GURU

Sudah sekian lama aku biarkan blog kesayangan aku ni bersawang tanpa sebarang entry-entry baru. Kesian kepada pembaca-pembaca aku yang tidak segan silu menjengah blog aku ni. Tu pun kalau adelah yang menjengah. Ye dak? Hehe.


Sejak menjalani praktikal ataupun latihan mengajar di Smk Zainab 2, Jalan Merbau Kota Bharu aku dibebani kebizian yang amat sangat. Kalau dikira lebih kurang ‘culture shock’ pon ader. Yelah, sebelum ni aku belum pernah berpraktikal di mana-mana sekolah. Ini dikira kali pertama dan terakhir aku menjalani latihan mengajar di sekolah. Agak ‘cuak’ jugak bile festime baru nak berkenalan dan beradaptasi dengan ‘environment’ sekolah.

First day sekolah, aku datang agak lambat. Sesampai je di pintu pagar, Perhimpunan dah bermula. Agak kalut jugakla aku nak pakai blazer dan nametag di badan aku nih. Sekolah aku ni diwajibkan memakai blazer setiap kali perhimpunan pada hari ahad. Nametag pulak dah dikira kewajipan bagi seorang guru untuk dipakai. Kalau zaman-zaman jadi budak ‘U’ dulu wajib pakai kad matrik. Sekarang kene pakai nametag pulak ;)

Now, dah nak dekat sebulan aku menjalani praktikum di SMK ZAINAB 2. Dah macam-macam pengalaman yang aku peroleh. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiran aku untuk tak mahu menjadi guru, nak jadi pelajar je. Mana taknya, bila datang je sekolah macam-macam perangai pelajar yang kena setiap guru hadapi. Kadang-kadang bukan main perancangan yang aku rancang untuk mengajar sesuatu kelas tetapi semuanya hancus. Tak sempat nak dilaksanakan pon plan tu. Agak keciwa jugakla =.=

Walaubagaimanapun, aku kena berfikiran kehadapan. Mungkin sememangnya aku dilahirkan sebagai seorang guru. Aku kena bersyukur dengan setiap yang telah ditetapkan oleh-Nya. Sekarang aku hanya berharap semoga Allah sentiasa menguatkan hati dan sanubari ku untuk terus berkhidmat sebagai warga pendidik yang berjaya. Memang tak mudah kerana tak semua pelajar-pelajar aku ingin belajar apabila mereka hadir ke sekolah. Aku kena terus kuat untuk mengajar kerana anak-anak muridku yang ingin belajar benar-benar perlukan aku. Aku tak boleh luntur semangat. Korang-korang doakan aku untuk terus kuat oke? J

Cikgu Sal menyengal di bilik guru. Masa terluang amat dihargai untuk berposing ;)

P/S: Dah beberapa hari badan-badan ini lenguh. Otak lenguh-badan lenguh. Esok ada kejohanan sukan pulak. Hadoi! (Cikgu Salwani sila bersyukur) ;)