Alhamdulillah, hubungan saya dengan my future hubby dah menjangkau 1 tahun, 1 minggu dan 1 hari pada 29 haribulan lepas. Maknanya hari ni dah bertambah menjadi 1 tahun, 1 minggu dan 3 hari. Syukur. Telah banyak onak dan duri telah kami harungi. ecehh! Maafkan saya yang tiba-tiba menjadi seorang yang begitu berpuitis pulak harini. =.=! Memang betul, diantara kami dia yang selalunya mengalah. Kalau ada berlaku perselisihan yang betulnya kesalahan di pihak saya, tapi entah kenapa saya pulak yang merajuk dan dia pulak yang berusaha memujuk! Pelik tapi benar. Tapi itulah yang sidia lakukan untuk saya. Memang sidia sudah selalu sangat bersabar dengan kerenah saya.
Bersama bakal mertua. Masa ni dah dapat cincin :)
Pada 28hb Mac 2011 yang lepas jugak, kira-kira 4 hari yang lepas telah datang rombongan meminang..upss! rombongan merisik dari Pantai Remis, Perak. Opkos la rombongan ini dari keluarga sidia. Tak ramai yang datang sebab bukan betul-betul nak merisik tujuan sebenarnya. Ini lebih kepada tujuan perkenalan antara mak-mak :) .Tapi oleh kerana alang-alang dah datang, so mak sidia membawa la juga 3 barang dan seutas cincin.
Sangat-sangat teruja tapi berdebar jugak sebenarnya sebab tak pernah menghadapi pengalaman sebegini. Nasib baik keluarga sidia amat-amat 'friendly'. Rasa dah kenal lama pulak :)
Saya berdoa sangat-sangat semoga hubungan saya dan sidia berkahir ke jinjang pelamin. Mungkin tak lama lagi.Saya sudah pernah alami perpisahan dan berharap hubungan saya yang ini kekal selamanya. Sebab dah sayang sangat-sangat dah. So doakan semuanya agar baik-baik belaka oke ;)
I.Love.U.More.N.More
Mood : Tasabar mau shopping barang tunang sama-sama. Yeah! :) ops,'over excited'!
No comments:
Post a Comment