oho tajuk amat dasat. Maka kala di tengah malam apabila cikgu Sal teramat-amatlah ingin menjadi budak tecit semula.macam Danish.macam jugak Hafiey.mungkin jugak macam Faris.Oh hero-hero kusayang, mungkin kamu bahagia menjadi diri kamu sekarang kan? Bangun pagi,hanya fikirkan susu ataupun inginkan milo seperti Danish. Merengek-rengek kepada ibu. Tak perlu berfikir banyak, tak perlu nak berdikari. Hanya perlukan kasih sayang ibu dan ayah. Tak seperti Cik Wa mu ini yang setiap hari perlu membuat keputusan, keputusan dan keputusan. Ohh tension oww! =.=
Oh lupa nak bagitau yang sepanjang praktikal ini saya perlu mengajar matematik tingkatan 2 sebanyak 10 waktu dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sebanyak 2 waktu. Maka kesemuanya sebanyak 12 waktu. Amat membebankan pada mulanya apabila saya mendapat jadual tersebut tetapi amat bersyukur apabila membanding-beza dengan guru-guru lain yang rata-ratanya mendapat 22 waktu! oh pengsan oh! Bukan senang nak jadi cikgu. Uhu. So, mulai sekarang korang-korang jangan ingat kerja cikgu ni senang. Tu bukan lagi campur tolak darab bahagi dengan aktiviti sukan, mesyuarat, taklimat dan sebagainya. Mau pengsan oohh!
Hurm, sampai disini sahajalah cikgu Sal berceloteh dan berangan nak jadi budak tecit yer sebab besok pagi cikgu Sal kena menjelma menjadi cikgu Sal yang sebenarnya. Wahai pelajar-pelajarku kelas 2 Bestari dan 2 Cerdas, belajar rerajin sok na! jangan nakal-nakal sebab cikgu Sal dah penat berteriak. Uhuk.
P/s: Baru setel membuat rancangan mengajar. Setiap kali sebelum masuk kelas guru-guru perlu merancang apakah yang ingin diajar pada kelas keesokannya. Pada mulanya amat menyampah ingin membuat RPH(Rancangan mengajar harian) ini tapi bila dah lama, rasa dah lali pula. RPH Ibarat makanan harian pada semua guru ;)
No comments:
Post a Comment