Monday, May 16, 2011

16 MEI 2011

16 Mei..Tarikh keramat buat semua insan yang bergelar CIKGU.
Hari ini di sekolah ada membuat sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Amat-amat sukee sebab tiada p&p dan cikgu diraikan :)

Selama hidup ini kali pertama menyambut Hari Guru sebagai Guru Praktikal di SMK Zainab (2)..Kalau dahulu meraikan guru-guru tetapi sekarang diri sendiri turut diraikan. Amat-amat tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Rasanya pengalaman menyambut hari guru di sekolah lama masih berlegar-legar di minda. Rupanya dah tua aku nih =.=

Awal-awal pagi dah tiba di sekolah. Tak sabar nak merasai pengalaman menyambut Hari Guru di sekolah ni. Kebanyakan cikgu semua cukup bergaya. Fuh memang kalah ;) . Majlis dimulakan dengan sesi ucapan pihak pentadbir dan tetamu jemputan. Kemudian, perasmian Hari Guru oleh tetamu jemputan, Ketua Penolong Pengarah iaitu Encik Azman Ismail. Selepas upacara perasmian selesai, semua guru-guru diminta menyanyikan lagu bersejarah "KAMI GURU MALAYSIA". Meremang bulu roma semasa menyanyikan lagu ni. Terasa menusuk ke seluruh sanubari. 

Selepas rehat acara disambung dengan aktiviti sukaneka. Kami guru praktikal masuk acara boling kelapa. Menangla jugak dapat nombor 2. Not bad la kan . Ehe. Then, Upacara diteruskan dengan persembahan dewan. Serius amat-amat terhibur dengan setiap acara yang dipertandingkan. Terserlah semua bakat-bakat terpendam anak-anak murid daku ni ;) .Then sampai giliran ke 10 tibalah masa kami guru praktikal senior membuat persembahan dikir barat dengan dibantu oleh pelajar-pelajar dikir barat sekolah. First time beb daku berdikir barat. Tajuk dikir barat ni 'Tuntutlah Ilmu'. Tetapi mendapat respons cikgu-cikgu suara kami agak tidak dengar. Dok tenggelam timbul je. Nak wat cane hari ini pun mikrofon duk buat hal. 'Spoil' mood betul tau. Takpelah yang penting tadi dah buat persembahan.

Bila sebut hari Guru mesti cikgu dapat hadiah kan? Daku pun tak terkecuali. Ade la jugak student-student ku bagi hadiah. Tak tersangka-sangka aku dapat jugak. Ingat diri ini tak diingati langsung. Atleast diriku ini diterima jugak oleh mereka. Buat semua student cikgu yang dikasihi terima kasih buat hadiah yang diberi dan ucapan yang dihulur. Teacher's really appreciate that! :)

Terima kasih semua! :)

Disini saya Salwani Binti Deraman ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua CIKGU/PENSYARAH di:
1. Sek Keb Sering
2. SMU (A) Tarbiah Mardziah
3. SMKA Naim Lilbanat
4. Kolej Matrikulasi Kedah
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dan semua guru-guru di SMK Zainab (2) yang menerima kami dengan ikhlas semasa berpraktikal di sini
Dan semua bakal-bakal guru terutama kawan-kawan At48-Sains(Matematik) dengan pendidikan
Dan semua guru-guru di seluruh Malaysia.
Semoga Allah memberkati jasa kalian.

p/s: Bila hari guru daku teringat kepada seorang cikgu matematik ku masa tingkatan 2 di SMU(A) Tarbiah Mardziah Panchor. Kerana beliau lah aku berada di tempat sekarang. Beliau lah yang menyuntik semangat aku untuk minat matematik sehingga aku sendiri bakal bergelar GURU MATEMATIK. Nama cikgu aku itu ialah CIKGU SAKINAH. Terima Kasih cikgu! Jasa cikgu amat bernilai buat saya. InsyaAllah saya akan cuba mencontohi cikgu. Doakan saya :)

ohh gambar-gambar nanti next post la yer. tadi tak bawak kamera. duk tenyeh muka kat kamera kawan jew ;)

Tuesday, May 3, 2011

for the first time & for the last time

Aktiviti sekarang tiap petang kuar joging eh bukan teman sidia joging.
Tak tawu kenapa sidia boleh suka joging.
Saya pon suka joging juga tapi dulu dulu. 
Tak tawu kenapa sekarang jadi tidak berapa suka mungkin badan tak cukup berat.
Itu tanggapan sidia sebab dia cakap badan aku cepat letih
So sekarang kena makan banyak-banyak supaya badan jadi ideal balik.*bile masa pulak aku diet?* huhu.

Tapi itu bukan persoalan sekarang
Persoalan yang utama is esok lecturer nak datang observe daku
Untuk pertama kali dan terakhir kali sebelum daku melangkah ke dewan convocation .oho
Doakan sume baik baik saja esok . AMIN .

P/S: eh eh tarikh nak tunang tak sampai sebulan je lagi. Dah sedia belum? :)))))