Friday, March 4, 2011

KERANA AKU SEORANG GURU

Sudah sekian lama aku biarkan blog kesayangan aku ni bersawang tanpa sebarang entry-entry baru. Kesian kepada pembaca-pembaca aku yang tidak segan silu menjengah blog aku ni. Tu pun kalau adelah yang menjengah. Ye dak? Hehe.


Sejak menjalani praktikal ataupun latihan mengajar di Smk Zainab 2, Jalan Merbau Kota Bharu aku dibebani kebizian yang amat sangat. Kalau dikira lebih kurang ‘culture shock’ pon ader. Yelah, sebelum ni aku belum pernah berpraktikal di mana-mana sekolah. Ini dikira kali pertama dan terakhir aku menjalani latihan mengajar di sekolah. Agak ‘cuak’ jugak bile festime baru nak berkenalan dan beradaptasi dengan ‘environment’ sekolah.

First day sekolah, aku datang agak lambat. Sesampai je di pintu pagar, Perhimpunan dah bermula. Agak kalut jugakla aku nak pakai blazer dan nametag di badan aku nih. Sekolah aku ni diwajibkan memakai blazer setiap kali perhimpunan pada hari ahad. Nametag pulak dah dikira kewajipan bagi seorang guru untuk dipakai. Kalau zaman-zaman jadi budak ‘U’ dulu wajib pakai kad matrik. Sekarang kene pakai nametag pulak ;)

Now, dah nak dekat sebulan aku menjalani praktikum di SMK ZAINAB 2. Dah macam-macam pengalaman yang aku peroleh. Kadang-kadang pernah terlintas di fikiran aku untuk tak mahu menjadi guru, nak jadi pelajar je. Mana taknya, bila datang je sekolah macam-macam perangai pelajar yang kena setiap guru hadapi. Kadang-kadang bukan main perancangan yang aku rancang untuk mengajar sesuatu kelas tetapi semuanya hancus. Tak sempat nak dilaksanakan pon plan tu. Agak keciwa jugakla =.=

Walaubagaimanapun, aku kena berfikiran kehadapan. Mungkin sememangnya aku dilahirkan sebagai seorang guru. Aku kena bersyukur dengan setiap yang telah ditetapkan oleh-Nya. Sekarang aku hanya berharap semoga Allah sentiasa menguatkan hati dan sanubari ku untuk terus berkhidmat sebagai warga pendidik yang berjaya. Memang tak mudah kerana tak semua pelajar-pelajar aku ingin belajar apabila mereka hadir ke sekolah. Aku kena terus kuat untuk mengajar kerana anak-anak muridku yang ingin belajar benar-benar perlukan aku. Aku tak boleh luntur semangat. Korang-korang doakan aku untuk terus kuat oke? J

Cikgu Sal menyengal di bilik guru. Masa terluang amat dihargai untuk berposing ;)

P/S: Dah beberapa hari badan-badan ini lenguh. Otak lenguh-badan lenguh. Esok ada kejohanan sukan pulak. Hadoi! (Cikgu Salwani sila bersyukur) ;)

1 comment:

Arief Ferdinand said...

nak i urut tak cikgu? ciaa ciaaa